Jul 11, 2011

Sabar ,ikhlas dan redha…



Kata orang,harimau mati meninggalkan belang.manusia mati meninggalkan nama. Kata-kata ini memang benar kerana kisah hidup seseorang akan menjadi cerita generasi akan datang. Untuk  itu,ciptalah cerita yang indah-indah hari untuk dikenang di kemudian hari.
Jadikanlah kisah nabi Ayub yang menderita kerana penyakit selama berbelas-belas tahun yang tetap sabar dan tegu imannya..sementara isterinya begitubsetia melayani,menjaganya dengan penuh kasih saying seikhlas hati di samping membanting tulang mencari rezeki,

                     Nabi Ayub berdoa,

“Sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Maha Pemurah”(Surah Al-Anbiya:83 )

Allah memakbulkan doanya serta merta dengan meminta Nabi Ayub memukul tanah dengan kakinya,,lalu keluar air dari mata air dan Allah meminta Nabi Ayub mandi dan minum air itu.keajaiban berlaku di mana seluruh penyakitnya hilang
Inilah hasil daripada sebuah kesabaran,keikhlasan dan keredhaan menerima segala takdir Allah..

“Kadang-kadang manusia menyesal kerana kata-kata yang telah di ucapkannya,tetapi ia tidak pernah menyesal kerana diamnya"...
لا إله إلا الله محمد رسول الله

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...