Jul 11, 2011

5 perkara rosakkan akidah muslimah !


Menurut Dr Aidh Al-Qarni dalam sebuah coretannya khusus buat muslimah bertajuk As’ad Al-Mar’ah fil Alam (tip menjadi  wnita yang paling bahagia di dunia ) berkata, 
“Jangan biarkan hatimu di hancurkan oleh tangan mu sendiri !”

 Bagaimana kita boleh menghancurkan diri sendiri ?
Segala-galanya menerusi hati !

Jangan resah dan gelisah-usah selalu mengeluh dengan keadaan kerana ramai lagi yang lebih malang berbanding kita.

Jangan bersedih dan berasa derita-hapuskan perasaan ini dengan beristighfar,berdoa,dan mohonlah pertolongan daripada-Nya.

Jangan lemah dan malas-aktifkan diri dengan ibadat,berzikir,mencari ilmu,bekerja dan beriadah.
Jangan banyak berhutang-nafsu jika dituruti kita takkan puas.akibatnya hidup tidak akan tenteram jika selalu mengejar harta,pangkat dan duniawi.

Jangan banyak berhutang-nafsu jika dituruti kita takkan puas.akibatnya hidup tidak akan tenteram jika selalu mengejar harta,pangkat dan duniawi.

Jangan kedekut dan pengecut-rezeki Allah beri bukan milik peribadi kerana ada hak orang miskin dan anak yatim.begitu juga denagn tanggungjawab terhadap ibu bapa kerana keredhaan Allah juga bergantung pada keredhaan mereka.

Baginda s.a.w mengajarkan doa untuk selamatkan diri daripada lima perkara di atas:

“Ya Allah,aku berlindung kepada-Mu daripada rasa gelisah ,dari sedih dan derita, dari kelemahan dan kemalasan,dari sifat kedekut dan pengecut dan dari lilitan hutang dan tekanan orang “

لا إله إلا الله محمد رسول الله

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...