Jun 22, 2012

AL-FATIHAH







salam. 
Kali ini Nusanaga ingin berkongsi suatu yang mungkin telah kalian ketahui, atau mungkin tak pernah di dengari atau terlintas di fikiran.

Kisahnya adalah Surah Al-fatihah yang sering kita baca dalam solat dan seharian kita tapi tak pula kita fahami peri pentingnya surah ini dalam kehidupan seharian. Kisahnya sebenarnya berkisar pada penciptaan Adam a.s sehinggalah turunya ke bumi. Tapi, hakikatnya, ia adalah mengenai kisah kehidupan seharian kita. Moralnya adalah untuk kita sentiasa positif dan menjadi 'rahmatulil alamin' pada sekeliling kita selain positif pada diri sendiri.

Bagaimana saya dapati kisah ini?
Asalnya saya membaca surah ini dan terlintas, kenapa ia di gelar UMU KITAB dan sering di bawa ke mana sahaja dalam kehidupan seharian kita. Ia juga adalah syarat sah solat. Maka, persoalan saya di jawab. Inilah jawapannya. Tapi, barangkali ada yang tidak setuju dengan apa yang saya ketengahkan ini. Seandainya tidak betul, bawakan ilmiah anda, jika tidak, anda hanya seorang pandai kritik saja. Attitud sebegini cukup saya tidak suka. Kritik tanpa memberi pandangan membina kepada yang di kritik. Akibatnya, si kena kritik makan hati dan seterusnya menjadi pendendam. Barah inilah yang menular dalam masyarakat kita, lebih-lebih lagi orang melayu. Akhlak telah jauh kebelakang. Seolah-olah tahu sesuatu, tapi banyak pula di rahsiakan, tapi beritahu pula kepada umum bahawa 'aku tahu rahsia itu'.. kalau sudah rahsia, kenapa di hebahkan kepada umum. Diam untuk diri sendiri cukuplah. Sifat begini tidak lain tidak bukan, adalah riak. Tapi, insyallah, nusanaga mempaparkan 'rahsia' yang sebenarnya bukanlah rahsia, tapi sesuatu yang tidak di ketahui atau di diamkan atau hilang untuk sementara. Pesan orang tua pada saya; "Tiada rahsia tentang ketuhanan dan tuhan". Nabi Muhammad telah turunkan semuanya. Complete set. Yang tidak sampai pada kita adalah kerana ilmu yang di sorokkan oleh generasi dahulu kerana mahu menjaga nilainya.

Bak kata pepatah sufi "jangan di rantaikan kalung emas kepada babi" atau pepatah melayu "jangan beri bunga pada beruk".

Tinggalkan perihal itu dulu, kita terus ke tajuk utama.
Secara ringkasnya saya boleh katakan sebegini:-

 

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
"Aku berlindung dari Syaitan yang di rejam"

Ia mengenai kisah azazil atau iblis yang dengki dengan penciptaan Adam a.s lalu di 'calit'nya tanda di antara hidung dan mulut kita.
Ia sebenarnya mengenai syaitan nyata yakni manusia jahat, jika tidak beringat atau berlindung dengan perbuatan jahat diri sendiri, seumpamanya, kita berdiri sebagai manusia jahat atau syatan nyata (musuh kamu yang NYATA).
Kenapa garisannya hanya setakat bawah hidung? Ini kerana nyawa atau nafas keluar masuk itu sudah tertakluk pada kerahsiaan ciptaan. Kerana itulah iblis tidak mampu mengoda Adam a.s melainkan dengan HAWAnya.

 بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
 "Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang"
 Dalam gambar rajah, ia bernombor satu (1).
Ia mengenai kisah bila ROH-KU di masukkan ke dalam jasad ADAM a.s, maka bermulalah kehidupan pada diri ADAM a.s 
Maksudnya, dengan nafas, ia bermaksud sesuatu itu hidup. Dengan nafaslah, tunjukkan rahmannya dan hidup ia di tunjukkan rahimnya. Bahkan pokok kayu pun bernafas dengan proses photosentesis.


ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِين
"Syukur kepada tuhan sekalian alam"
Dalam gambar rajah, ia bernombor Dua (2). 
Ia mengenai bila sistem pernafasan bermula pada jasad ADAM a.s, maka serta merta, ADAM a.s bersin lantas terpancul di mulutnya kalimah ini. Ini menunjukkan sistem kalam sudah mulai berfungsi dan di dengari oleh telinga ADAM a.s
Maksudnya, sistem jasad telah HIDUP. Telinga atau pendengaran adalah sistem SAKSIAN. Contoh pada maksud saya ini begini; andai seorang mengalami lemas, dengan pantas kita akan 'dengar' nadinya dulu. Ia mahu menunjukkan HIDUP pada sesuatu jasad tersebut.


ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
"Yang maha penyayang lagi maha mengasihani"
Dalam gambar rajah, ia bernombor Tiga (3). 
Ia mengenai kisah nabi ADAM a.s yang melihat dan di ajar NAMA-NAMA tiap barang nyata serta fungsina. Inilah menjadikan ADAM a.s seorang khalifah di dunia.
Maksudnya, mata ialah RAHMAN ALLAH kepada kita, dan penglihatan itu adalah RAHIM ALLAH kepada kita. Bila ada in-out sesuatu sistem, makanya ia berfungsi dengan sempurna. Jika ada yang bertanya, bagaimana pula dengan orang buta? Buta hanya pada mata, tapi RAHIM ALLAH tetap pasti ada. Penglihatan itu pasti ada walau dari method yang berlainan. Makanya, deria rasanya akan menjadi 'mata' atau RAHMAN ALLAH padanya.


مَـٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين
"Yang menguasai hari pembalasan@kemudian"
Dalam gambar rajah, ia bernombor Empat (4). Ia mengenai keinginan ADAM a.s untuk di temani. Maka, di sebut pada kalamnya untuk di temani. Ini adalah rentetan kisah ADAM a.s yang akan di ambil tulang rusuk kirinya, lalu di jadikan HAWA.
Maksudnya, Lidah atau kalam adalah benda paling hebat. Jika ahli pengajian hakikat, mereka pasti pernah dengari tentang KUN FAYAKUN atau BARANG MINTA BARANG JADI. Tapi, KUN ALLAH dengan KUN manusia amatlah berlainan. Tapi, ia sentiada ada pada kita semua. Lihatlah bayi, dengan mulutnya lah kita tahu ia mahu makan atau mahu di mandikan. Lihatlah seharian kita, kita mahu, kita sebut, kita usaha, pasti dapat. Insyallah.


إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

"Engkaulah yang kami dihambakan dan engkaulah yang tempat kami pinta"
Dalam gambar rajah, ia bernombor Lima (5). Ia mengenai kisah ADAM a.s yang mulai di goda oleh HAWA. Sebenarnya, secara hakikat, bumi telah di sediakan untuk ADAM menjadi KHALIFAH, maka, proses memakan buah khuldi itu adalah 'alasan' untuk itu.
Maksudnya, Proses AKAL atau minda berlaku setiap masa untuk menjalani kehidupan seharian kita. Akal kita, jika fikir baik, dapat baik. Jika fikir jahat, dapat jahat. Jadi, amatlah penting untuk menjaga akal kita sehari-hari. AKHLAK yang baik bermula dari pemikiran yang baik serta hati yang suci.


ٱهْدِنَا ٱلصِّرَ ٰط ٱلْمُسْتَقِيمَ
"Tunjuki kami jalan yang lurus"
Dalam gambar rajah, ia bernombor Enam (6). Ia mengenai taubat ADAM setelah turun ke dunia. Lalu mencari HAWAnya.
Maksudnya, proses akal tadi pasti membawa kepada 'action' atau kelakuan. Inilah yang di katakan USAHA. Wajib usaha bila AKAL memproses idea,cadangan,pandangan,ilmu dan sebagainya pada diri. Dalam terma sufi, haruslah seorang murid untuk BERAMAL dengan ilmunya. Bahkan dalam ihya ulumuddin pun di tekankan tentang BERAMAL dengan ilmu yang di pelajari.
Telah wujud frasa sebegini untuk menjadi renungan:
"Ilmu tanpa Amal, binasa.
Amal tanpa Ilmu, hampa"
صِرَ ٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّين
"Iaitu jalan yang penuh nikmat ketasnya, bukan (jalan) murka dan bukan (jalan) yang sesat"
Dalam gambar rajah, ia bernombor Tujuh (7).Ia mengenai ADAM a.s yang telah bertemu HAWAnya lalu menjadi KHALIFAH pertama muka bumi dengan izin ALLAH.
Maksudnya, dengan usaha kita tadi, janganlah pula kita memilih jalan yang jahat, buruk, murka dan menyebabkan sekeliling kita merana. Inilah bermulanya konsep 'rahmatulil Alamin' pada diri manusia tadi. Haruslah kita sentiasa berlaku baik dan sentiasa positif dalam hidup seharian kita. Insyallah.

Rumusan:
Bermula dari ayat 1 hingga 3, ia adalah mengenai HIDUP. Bukti hidup adalah bernyawa. Kerana itulah, dalam pengajian tariqat, ada di sebut tentang konsep Nafas, nufus dan seterusnya. Ia memang penting untuk menunjukkan HIDUP tadi.
Bermula ayat 4 hingga 7, ia mengenai KEHENDAK dalam HIDUP. Barulah bermulanya KEHIDUPAN. Jika anda hidup tapi anda tidak pernah berbuat apa-apa, contohnya, anda terpenjara di dalam kotak sempit, maka, anda tak ubah seperti MAYAT HIDUP.
Ayat 4 mengenai permintaan untuk kehidupan yang sentiasa berlaku sana sini. Seterusnya ayat 5, ia mengenai proses akalan yang membina jalan untuk mencapai apa yang di hajati untuk hidup tadi. Ayat 6 pula mengenai peri laku kita untuk nyatakan kehendak itu tadi. Ayat 7 pula, adalah guideline atau limit yang harus di patuhi dalam melakukan hasil usaha kita agar tidak memberi impak buruk pada diri dan orang lain.

Jadinya, kerana itulah pentingnya UMUL KITAB ini dalam seharian kita sebagai guideline atau panduan untuk BERAKHLAK MULIA. Ia bukanlah kerana bacaannya tapi intipatinya. Insyallah.




sumber








selat melaka
nusantara

لا إله إلا الله محمد رسول الله

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...