Dec 30, 2011

keajaiban suara USAID






Diceritakan ada seorang sahabat bernama Usaid yang mempunyai suara
yang merdu terutamanya ketika dia mengalunkan ayat suci al-Quran .

Kebiasaannya, dia membaca al-Quran pada waktu malam iaitu selepas 
anaknya tidur.

Pada suatu malam ,bacaannya  agak berbeza daripada bacaan malam-malam 
yang sebelumnya.
Ia sungguh menyayukan hati dan perasaan sesiapa sahaja yang mendengarnya.

----------------------------------------------------------------------

Sedang dia khusyuk membaca, tiba-tiba telinganya menangkap bunyi bising diluar
rumahnya iaitu bunyi jeritan kuda peliharaannya.
Namun,dia tidak mempedulikan bunyi tersebut malah meneruskan bacaan
daripada surah al-Baqarah.
Semakin lama , bunyinya semakin kuat .





"Apakah yang telah mengganggu kudaku pada malam-malam begini?
mungkin ada sesuatu telah berlaku.
Tetapi ,biarkanlah,"
fikirnya di dalam hati .


Dia pun meneruskan bacaannya dan berharap agar kudanya 
berhenti daripada membuat bising.
Namun,bunyinya semakin kuat.

Dengan perasaan gelisah dan ingin tahu, dia menjenguk kudanya 
dari tingkap rumahnya , tetapi  tidak nampak apa-apa pun yang memgganggunya.


Sebaik-baik dia mendongak ke langit , dia begitu terkejut.
Dilangit kelihatan seakan-akan awan putih yang bercahaya bak lampu-lampu
yang mahu turun ke bumi.

Tidak pernah dal hidupnya melihat kejadian seperti begitu.
kerana begitu takut,dia tidak meneruskan bacaanya malah terus ma suk ke biliknya untuk tidur.
Dia ingin melupakan kejadian yang dilihatnya itu.


-----------------------------------------------------------------------------

Keesokan harinya, dia pergi berjumpa Rasulullah SAW dan menceritakan 
apa yang telah dilihatnya malam tadi .
Setelah itu Rasulullah SAW tersenyum dan menjawab.
"Itu adalah para malaikat.mereka turun kerana mendengar suara bacaan mu 
yang sungguh merdu.sekiranya engkau melanjutkan bacaan mu itu hingga subuh,
nescaya orang lain akan dapat melihat para malaikat tersebut. " 


------------------------------------------------------------------
MORAL SIRAH






= Amalkan membaca al-Quran setiap hari dengan hati yang ikhlas kepada ALLAH SWT.
Oleh itu , carilah tempat dan waktu yang sesuai agar dapat
 beribadat dengan khusyuk dan tulus.

Sesungguhnya , rumah yang ika selalu dibaca di dalamnya al -Quran,
akan di kunjungi para malaikat dan selesa kehidupan ahli rumah tersebut.

------------------------------------------------------------------

sumber : DARA .COM







sekian ,
ma'assalama .













5  S 1433 H
selat melaka .
nusantara .


لا إله إلا الله محمد رسول الله

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...