Pernah Seorang yang tidak mempercayai adanya Tuhan didalam kehidupan manusia bertemu dengan seorang yang beriman akan kewujudan Allah. Kata lelaki 'Freethinker' itu: "Aku tidak percaya adanya tuhan dalam kehidupan ini". Lalu lelaki beriman itu bertanya "Jika kamu menaiki sebuah kapal dan kapal itu karam lalu kamu terumbang ambing ditengah lautan..apa yang kamu harapkan?" Jawab lelaki tersebut: "Aku berharap aku akan selamat kedaratan". Lalu lelaki beriman itu bertanya pula: "kepada siapa kamu berharap?". Lelaki yang kononnya tidak bertuhan itu terdiam tanpa sebarang jawapan.
Itulah fitrah keinsanan, jiwa kita tidak mungkin kosong dari kepercayaan akan adanya suatu yang mentadbir dan menguruskan kehidupan manusia dan alam sekeliannya; tempat kita sandarkan harapan, tujukan doa dan tempat kita mengadu ketika saat-saat tertekan dengan kehidupan yang menghimpit jiwa. Ada manusia yang menafikan hakikat ini hingga menjadikannya seorang yang tidak tentu arah tujuan; Dia kehilangan sumber kekuatan setiapkali berdepan dengan gelombang kehidupan yang menggoncang jiwa dan meruntuhkan semangat juangnya. Insan seperti ini kadang-kadang kecewa dengan kehidupannya sehingga melihat 'hidup' itu sebagai satu bebanan.
Seorang penyair zaman jahiliyyah pernah melaungkan syairnya yang bermaksud;
Alangkah celakanya hidup kuAku melihat kematian itu seperti unta rabun dimalam hariIa merempuh siapa saja yang menghalang perjalanannyaMereka yang terselamat terlanjut usianya sepertikuKu ketahui apa yang sedang ku tempuhinamun apa yang akan ku tempuhi esok belum semuanya pasti
Lihatlah kekecewaan lelaki yang berusia 80an ini; begitu kecewa dengan kehidupannya.Hari yang ditempuhinya umpama beban-beban yang bertambah setiapkali umurnya bertambah.
Alangkah bahagianya mereka yang beriman. Apa tidaknya, mereka sandarkan segala hajat dan harapan mereka kepada Yang mencipta dan mentadbir alam yang terbentang luas ini. Allah yang Maha Berkuasa, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Puisi Untukmu Sahabatku....
Apalah Hidupmu?
Sahabatku...
Siapakah yang menciptakan dirimu,Dari tiada kepada ada,Tiada meniru dan tiada sekutu,Tanpa sebarang silap dan cela?
Diciptakan dirimu dari sehina-hina penciptaan,itulah air mani yang dihina-hinakan,Tetapi dipelihara dirimu dengan sebaik-baik pemeliharaan,di dalam rahim ibu dirimu ditempatkan,Kemudian diangkat darjatmu semulia-mulia ciptaan,amanah diberi sedang panduan hidup disediakan,Diatur hidupmu dengan sebaik-baik pengaturan,dijadikan engkau hamba tetapi hidupmu merdeka...
Tetapi mengapa sahabatku,Engkau sering tertipu,Mengongkong diri dengan nafsumu,Makhluk lebih engkau syukuri berbanding Penciptamu?
Apabila pertolongan dan nikmat mendatangimu,Terhutang budi kepada manusia engkau melulu,Sedangkan segalanya adalah dari Yang Satu,Melalui makhlukNya Dia sampaikan kepadamu.Oh, alangkah engkau telah menghargai sesuatu yang palsu!Sungguh, inilah yang sering mengecewakanmu,menghimpun harapan kepada yang tidak mampu,sediakan manfaat mahupun mudharat buatmu...
Duhai sahabatku,Bukankah Yang Maha Mendengar sedia mendengar ritihanmu,sedia mendengar rintihanmu,sedia mendengar puji dan pujaan darimu?
Merintihlah sahabatku,kepada Yang Maha Penyayang,Mintalah HidayahNya sahabatku,daripada Yang Maha Pemurah,Bersyukurlah sahabatku,kepada Yang Memiliki segala kesempurnaan,Carilah ilmu sahabatku,untuk mengenali Rabb dan Ilahmu...
SUNGGUH, Allahla segalanya buatmu...
credit to:Abu Hanifah
No comments:
Post a Comment